14 Oktober 2009

Hijau

Hijau
Diwaktu senja nan lalu
Gemersik cengkerik berlagu riang
sahutan melodi unggas
mengiringi kemerduan siulan sirama-rama
bagai kesyahduan syair si pujangga cinta
namun kini semuanya diam membisu
bagaikan sang siput pemalu
akibat hilangnya warna-warna kehijauan
kehijauan flora yang dulunya menjadi tempat bermain penghuni hutan
bumi yang dulu dipenuhi kehijauan
kini tinggal ketandusan
tanpa sedikit pun kehijauan
kerakusan dan ketamakan menjadi raja
di hati meracuni hati suci dengan menzalimi keindahan alam
tanpa kehijauan flora apalah ertinya bumi?
Tanpa kehijauan flora apalah nasib si penghuni hutan?
Berfikirlah wahai semua
Cintailah khazanah alam
Ketahuilah bahawa
kehijauan flora adalah Anugerah yang sangat bernilai untuk kehidupan
Tanpa flora siapalah kita di mata dunia
Tanpa flora hilanglah suara keriangan faun

Tiada ulasan:

Catat Ulasan